Tidak kira apa platform yang anda gunakan. Perkara utama yang anda ingin capai ialah keuntungan! Jadi bagaimana anda boleh menggunakan semua platform ini untuk menjana pendapatan? Jelas sekali, fahami keperluan perniagaan anda dan banyak 'engage' dengan bakal pelanggan ialah strategi penting untuk memastikan setiap platform ini dapat membantu pemilik perniagaan 'reach' prospek yang sesuai dengan mereka.
Pemasaran digital mendapat perhatian pelbagai jenis perniagaan kerana ia boleh membantu kehadiran perniagaan anda di internet. Berhubung dengan orang yang berada dalam talian di seluruh dunia.
Website
Kekuatan laman web ialah anda boleh menyimpan & mengurus pangkalan data(database) anda mengikut cara yang anda mahukan. 'Customize' pembentangan kedai dalam talian anda dengan laman web yang unik dan menarik. Tarik pengunjung ke kedai 'online' anda dan tawarkan mereka apa-apa jenis promosi yang anda inginkan. Sama ada anda menggunakan WooCommerce, BigCommerce, Magento, Shopify, Amazon atau platform e-dagang yang lain, anda boleh membina dan menggayakan kedai dalam talian anda serta memasarkan produk anda dalam talian mengikut cita rasa anda sendiri.
1. WooCommerce
Jika anda membina laman web menggunakan WordPress, anda mesti biasa dengan plugin terkenal bernama WooCommerce untuk membina laman web e-dagang. Dengan menggunakan WooCommerce anda boleh menjual apa sahaja dengan mudah daripada produk fizikal kepada produk digital dan menerima pembayaran dari seluruh dunia.
Mempunyai laman web e-dagang, anda boleh membuka kedai anda 24 jam 7 hari seminggu. Tidak perlu risau tentang pelanggan tidak boleh pergi ke kedai fizikal anda kerana mereka boleh meneroka katalog secara online atau pembelian melalui laman web anda.
2. Optimasi Enjin Carian(SEO)
SEO telah menjadi kepenting untuk membantu anda mendapat kedudukan halaman pertama Google. Luangkan masa dan wang dalam SEO boleh membantu laman web anda mencapai pelawat yang lebih relevan yang boleh menukar mereka sebagai pelanggan anda.
3. Google Ads
Memandangkan anda mempunyai laman web e-dagang yang lengkap yang sedia menjana jualan. Kini anda boleh membelanjakan sedikit wang dalam pengiklanan. Jika pelawat anda kebanyakannya daripada carian Google, anda boleh menggunakan platform Google Ads untuk menyediakan iklan untuk tujuan pemasaran. Terdapat pelbagai objektif Iklan seperti Google Search Ads, Google Display Ads, Google Discovery Ads, Google Shopping dan banyak lagi.
Facebook ialah salah satu aplikasi media sosial terbesar yang mempunyai lebih 2.8 bilion pengguna aktif bulanan untuk suku keempat 2020. Anda boleh menggunakan platform Facebook dengan menggunakan ciri yang tersedia untuk membantu mengembangkan perniagaan anda dalam talian.
1. Facebook Page
Facebook Page boleh membantu perniagaan anda ditemui dengan lebih mudah oleh orang di platform tersebut. Orang yang menyukai page anda akan mendapat pemberitahuan(notification) tentang kemas kini page anda. Mereka akan dimaklumkan tentang siaran baharu, produk baharu, promosi baharu pada telefon mereka. Gunakan ciri Facebook Page untuk memudahkan bakal pelanggan anda menjumpai perniagaan anda.
Facebook Page mempunyai sambungan baharu untuk membina bahagian beli-belah yang dipanggil e-dagang di mana anda boleh menambah, mengedit dan memadam produk serta menggayakan kedai anda dalam e-commerce manager. Terokai lebih banyak manager account perniagaan anda untuk menggunakan ciri ini. Selain itu, anda boleh menandai(tagging) produk pada imej setiap siaran(post) di halaman(page) anda. Ini boleh membantu bakal pelanggan mengetahui lebih terperinci tentang produk yang terdapat pada gambar tersebut hanya dengan satu klik.
2. Marketplace
Kini marketplace boleh membantu anda menjual apa sahaja. Adalah idea yang baik untuk menggunakan profil peribadi anda untuk menjual produk anda. Perkara yang menarang tentang marketplace ini ialah orang yang berada di section ini sedang mencari penyelesaian untuk masalah mereka. Maka mereka adalah bakal pelanggan anda.
3. Facebook Ads
Salah satu perkara penting mempunyai halaman Facebook (Facebook Page) untuk tujuan perniagaan adalah menjalakan iklan di Facebook. Terdapat banyak kelas percuma dan berbayar untuk mempelajari pengiklanan di platform ini. Mulakan dari iklan mudah dan 'improve' iklan anda dari semasa ke semasa sehingga anda tahu cara menggunakan 'pixel' Facebook. Ia berbaloi untuk menguasai 'pixel' dalam iklan Facebook supaya anda boleh menjangkau 'relevent audience' yang benar-benar berminat dengan produk atau servis anda.
1. Profil Instagram Business
Perbezaan antara profil peribadi dan perniagaan di Instagram ialah anda boleh mempunyai cerapan(insight) untuk melihat masa mana profil anda mendapat lebih ramai pelawat. Dengan analitik ini, anda boleh tahu masa yang sesuai untuk 'post' ke dalam akaun anda supaya dapat 'reach audience' yang lebih banyak. Gambar adalah kunci utama untuk menarik perhatian penonton. Mempunyai gambar yang bagus dan menarik mampu meningkatkan ;engagement' untuk siaran(post) anda.
2. Instagram Shopping
Jika anda mempunyai halaman Facebook, anda boleh memohon untuk menggunakan 'Instagram Shopping' dengan mudah, di mana ia adalah fungsi yang sama seperti 'Facebook Shop'. Anda boleh menandakan produk pada siaran(post) anda. Oleh itu, ia akan meningkatkan jualan produk anda melalui katalog.
3. Instagram Ads
Iklan Facebook dan Iklan Instagram adalah perkara yang sama yang boleh anda gunakan dalam pemasaran anda. Membelanjakan wang dalam pengiklanan boleh menguntungkan selagi anda mendapat berjaya 'reach audience' yang tepat. Ingat anda sebagai 'business owner' menjual penyelesaian bukan sekadar menjual produk semata-mata.
Thank you for this useful information