6 Strategi Pemasaran Terkenal di Malaysia untuk Perniagaan

malaysia's marketing strategy
Kelas Marketing
pada
03/03/2022

Memulakan strategi pemasaran & jualan anda boleh menjadi sangat mencabar. Sesetengah idea mungkin kelihatan menarik di awal perancangan, tetapi ia mungkin tidak memberikan hasil yang diharapkan apabila di aplikasi pada keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa strategi pemasaran adalah penting untuk meningkatkan jualan. Tetapi, tanpa perancangan yang betul, ia tidak akan membantu untuk mengembangkan perniagaan.

1. Multi-Level Marketing

Dari leader, stokis, agent dan dropship. Ia adalah pelan pemasaran popular yang digunakan untuk produk yang mudah 'viral'. Sesetengah perniagaan mungkin memerlukan anda untuk komited dengan membuat jualan yang konsisten setiap bulan atau menyimpan jumlah kuantiti minimum, atau hanya membayar keahlian untuk ke tahap seterusnya. Walau apa pun teknik yang digunakan untuk menjadikan MLM berkesan, selagi produk itu terkenal, menyelesaikan masalah pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan, anda sebagai penjual dan pelanggan kedua-duanya akan mendapat manfaat, menjadikan sistem Multi-Level Marketing(MLM) selalunya berfungsi.

Kenapa sistem MLM ni dapat berfungsi dengan baik?

Dalam sesetengah keadaan, daripada menunggu penghantaran kurier selama 2 - 3 hari perniagaan, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan kaedah Cash On Delivery (COD). Kerana lebih cepat mereka boleh memperoleh produk, lebih bagus. Sesetengah pelanggan tidak peduli dengan caj penghantaran asalkan ia sesuai dengan jarak, tetapi penghantaran percuma sangat diminati oleh majoriti pelanggan. Pasaran atas permintaan pada masa ini boleh diselesaikan dengan mendapatkan ejen di lokasi tertentu. Oleh itu, itulah faedah utama MLM wujud supaya mempunyai ejen di setiap lokasi yang mempunyai permitaan tinggi.

2. Organic Social Media

Semuanya dalam talian pada masa kini, orang ramai membuka akaun sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok & banyak lagi untuk mendapatkan hiburan melaluinya. Perniagaan boleh mengeksploitasi barangan mereka di mana-mana platform sosial media untuk membuat jualan selagi produk/servis releven dengan 'audience' yang ada di platform tersebut.

Sebagai contoh Facebook dan Instagram.

Business owner perlu menggunakan Facebook Page dan Instagram Busienss secara strategik untuk menjadikan profil mereka boleh dipercayai, menarik & selamat. Kini, Facebook & Instagram mempunyai sambungan kedai iaitu shop section pada profil 'business'. Hal ini memudahkan pelanggan untuk melihat senarai produk yang anda jual di platform mereka. Ianya sebuah katalog untuk anda. Ini akan membantu perniagaan mendapatkan pelanggan yang benar-benar berminat dengan produk anda.

Teruskan mengemas kini profil perniagaan anda di media sosial sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan perniagaan anda sentiasa wujud serta pengikut anda akan 'notice' dengan perniagaan anda. Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi manfaat kepada perniagaan anda dengan terdiri daripada maklumat berkaitan tentang produk/perkhidmatan anda.

3. Facebook/Instagram Ads

Salah satu cara biasa untuk meningkatkan jualan ialah iklan. Saya tidak menafikan betapa seronoknya mempunyai pelanggan yang benar-benar ingin membeli produk anda melalui iklan yang anda buat. Ia mungkin kedengaran mudah, tetapi untuk mendapatkan kos setiap klik (CPC) terendah, banyak uji kaji perlu dilakukan. Komponen penting dalam pengiklanan ialah imej/video mesti mempunyai maklumat yang jelas tentang produk, tajuk mesti menarik perhatian penonton dan menyediakan semua maklumat produk yang diperlukan.

Melakukan iklan mungkin agak susah untuk permulaan, tetapi apabila anda dah biasa buat, bersabar & memahami trend, anda akan faham bagaimana pengiklanan & algoritma berfungsi dalam media sosial sebagai tempat untuk anda 'engage' dengan audience anda.

4. Content Marketing

Content Marketing menekankan untuk mempengaruhi tingkah laku pembeli. Pendekatan pemasaran strategik ini memberi tumpuan kepada mencipta dan mengedarkan maklumat yang relevan dengan keperluan prospek untuk menarik perhatian mereka atau membeli/,emcuba produk atau perkhidmatan anda. Untuk 'engage' dengan 'audience' anda, anda boleh menggunakan blog, maklumat grafik, video, laman web, webinar, eBuku dan lain-lain sesuai dengan 'audience' anda. Ini adalah teknik untuk memastikan bahawa, walaupun anda baru sahaja melancarkan produk baharu, pelanggan tahu apa yang mereka beli.

5. Promosi Konsultasi Percuma

Idea ini mungkin terdengar klise, tetapi ia membantu untuk 'close' pelanggan pada kadar keberkesanan sebanyak 50%. Kenapa? Seperti logiknya, kebanyakan prospek lebih cenderung untuk berbual dengan penjual supaya mereka boleh bertanya soalan berkaitan produk atau kesesuaian produk untuk menyelesaikan masalah mereka. Cara anda menceritakan kebaikan produk anda dapat memukau pelanggan untuk membelinya. Pelanggan seperti ini lebih mudah untuk 'close' kerana mereka telah bersedia untuk membeli produk atau menggunakan servis anda.

6. Hadiah Percuma aka Freegift

Ini adalah teknik yang paling popular dan biasa dipakai oleh ramai rakyat Malaysia, di mana hadiah percuma iaitu freegift adalah satu kemestian untuk setiap pembelian. Tarikan seperti ini sentiasa memenangi gelagat pembeli rakyat Malaysia. Sesetengah penjual boleh membuat peraduan atau promosi beli 1 percuma 1 atau pos percuma(free delivery) atau sebagainya. Perkataan 'percuma' pasti menarik perhatian. Teknik ini memang berkesan, anda boleh menggunakannya mulai sekarang sekiranya anda belum mencubanya lagi. Pelanggan memang suka barangan percuma, tetapi pastikan hadiah percuma itu mempunyai nilai yang dapat memberi manfaat kepada pelanggan serta berkaitan dengan produk, jika tidak, jualan tidak akan berkesan dengan teknik jenis pemasaran ini. Begitulah anda mengoptimumkan perkataan 'percuma' untuk menarik perhatian pembeli.

Categories:
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
menu-circle