Google Search Ads - Perodua

Tarikh Projek
2020-01-01
Jenis Projek
Search Campaign

Maklumat Projek

Latar Belakang:

Sales Advisor Najmiyah merupakan seorang jurujual kereta Perodua di Branch Perodua Putrajaya, Presint 15. Selama bertahun-tahun menggunakan platform Facebook, Pn. Najmiyah ingin mencuba platform Google untuk dapatkan pelanggan yang lebih 'genuine' untuk membeli kereta Perodua.

Cabaran:

Pesaing jurujual kereta Perodua yang lain juga mula mengiklan di platform Google, dan kedudukan iklan semakin menurun menyebabkan pengurangan jumlah 'leads' yang masuk ke WhatsApp setiap hari. Disebabkan persaingan yang tinggi dalam carian Google untuk 'keyword' tertentu, kos akaun pelanggan kami menjadi lebih mahal, seterusnya memberikan pulangan rendah terhadap pelaburan di platform Google.

Solusi:

kelasmarketing.my serta merta membuat analisis mengenai kempen untuk tujuan menggunakan data yang sedia ada bagi membina kempen 'Google Search' yang lebih efektif dan menyasarkan kepada demografi tertentu. kelasmarketing.my membahagikan iklan tersebut kepada 'Ad Groups' khas untuk setiap kereta Perodua iaitu Perodua Ativa, Perodua Aruz, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Perodua Bezza.

Dan setiap 'Ad Groups' akan mempunya 'Ads' khas yang bersesuian dengan carian 'keyword' yang ditetapkan untuk setiap sasaran 'audience'.

Perubahan yang dibuat akan menyebabkan 'engagement' iklan akan meningkat dalam masa yang sama akan merendah 'cost-per-click' iaitu CPC untuk iklan pelanggan.

Bagaimana Kami Buat:

Mengikut analisis kelasmarketing.my penggunaan 'broad keyword' adalah punca utama iklan tersebut menjadi lebih mahal daripada kebiasaan. Dengan itu, kami menggunakan menggunakan keyword yang lebih releven sesuai dengan jenis iklan dan menukarkannya kepada kata kunci yan lebih khusus iaitu 'phrase keyword' atau 'exact keyword' untuk mencapai 'audience' yang tepat dalam carian Google. Dalam masa yang sama beberapa 'negative keyword' ditambah kedalam akaun pelanggan bagi memastikan carian yang tidak releven terhadap iklan tersebut tidak terpapar di carian Google.

Penambahan 'extension ads' ke dalam akaun pelanggan bagi tujuan menarik perhatian 'audience' supaya tertarik dengan promosi atau 'offer' yang ditawarkan. Sebelum ini akaun pelanggan tidak mempunyai 'extesion ads' di dalam kempen tersebut.

Disebabkan iklan telah disasarkan kepada kumpulan yang releven setelah memperbetulkan demografi dan 'keyword' yang bersesuian, click-through-rate (CTR) telah menunjukkan peningkatan. Apabila CTR semakin baik, Google memberi ganjaran kepada akaun pelanggan kami dengan penurunan CPC.

Perbandingan dilakukan pada suku tahun pertama iklan diubah dan dijalankan dengan akhir suku tahun sebelumnya menunjukkan peningkan CTR daripada 3% kepada 6%, dan penurunan CPC daripada RM 0.5 kepada RM 0.4.

Iklan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Kempen yang dibuat semakin baik dan berubah mengikut kesesuaian promosi dan 'offer' yang dikemas kini oleh syarikat Perodua. Pelanggan kami menikmati pulangan pelaburan(ROI) yang dibuat di platform Google. Hari ini iaitu pada tahun 2022, secara purata CTR kempen 'Search Ads' ialah 15%, manakala purata CPC ialah RM 0.19.

Pelanggan kami juga menggunakan 'Google Ads Conversion Tracking' untuk menentukan bilangan orang yang menekan 'button' tertentu di laman web dan panggilan telefon yang dijana melalui iklan mereka.

Hampir 3 tahun kami mengurus akaun pelanggan dan akan terus memberikan 'value' kepadanya. Kami akan sentiasa berusaha untuk memperhalusi strategi untuk menyokong matlamat akaun pelanggan.

Berminat untuk menggunakan servis kami? Hubungi kami sekarang!

Karya Kreatif

menu-circle