Kenapa Facebook Ads?
Adakah anda tahu? Facebook mempunyai bilangan terbesar lebih daripada 2.6 bilion pengguna aktif di seluruh dunia, menjadikannya rangkaian sosial terbesar di dunia. Di Facebook, anda boleh membuat siaran, perkongsian gambar dan sebarang kandungan menarik yang lain.
Sementara itu, Instagram mempunyai satu bilion pengguna aktif, dengan lebih daripada 500 juta daripada mereka menggunakannya setiap hari. Anda boleh mengedit dan memuat naik gambar dan video ke platform media sosial ini melalui story, feed, reels atau IG TV. Bukan itu sahaja! Anda juga boleh memasukkan kapsyen, hashteg, lokasi dan tanda nama orang, produk atau jenama pada 'post' anda.