7 Nasihat untuk Pemilik Perniagaan Kecil

Kelas Marketing
pada
06/03/2022

Hari demi hari kami telah belajar tentang perniagaan dan strategi pemasaran untuk menjana jualan daripadanya.

Seperti mencipta produk yang unik dan mempersembahkannya dengan cara yang terbaik.

Cipta profil syarikat Instagram yang menarik perhatian, halaman Facebook dan laman web yang menakjubkan dengan ciri e-dagang untuk menarik perhatian orang ramai.

Tapi itu semua merupakan kerja 'front-end', bagaimana dengan 'back-end'? Pengurusan stok, pembekal, perancangan pemasaran, pengiklanan, maklum balas pelanggan dan banyak lagi.

Di sini kami menyenaraikan beberapa nasihat hanya untuk anda:

Jaga Cashflow Anda

Perkara-perkara kecil amatlah penting apabila ia berkaitan dengan pengurusan wang perniagaan anda. Pastikan anda merekodkan setiap transaksi yang anda buat untuk perniagaan anda walaupun sekecil perkara seperti duit minyak kereta, touch n go, bil, internet dan lain-lain.

Ini adalah untuk memastikan anda menjadi berdisiplin dan tidak sekali-kali menggabungkan wang 'personal' anda dengan duit perniagaan.

Mulakan Dengan Kuantiti Yang Kecil

Saya faham membeli jumlah stok yang banyak akan menurunkan harga bagi setiap item, tetapi ini tidak bermakna anda perlu memesan produk pada kuantiti pesanan besar-besaran (MOQ).

Semasa anda memulakan perniagaan anda, anda boleh bahagikan wang tersebut untuk perbelanjaan penting yang lain. Ingat, perniagaan bukan sekadar menjual produk, ia juga termasuk perbelanjaan seperti pemasaran, gaji pekerja, pengiklanan, penyuntingan video, reka bentuk grafik, pembungkusan produk dan lain-lain.

Spend pada Marketing

Semua pemilik perniagaan mempunyai pemikiran untuk memaksimumkan keuntungan sambil mengurangkan kos sebanyak mungkin. Apabila bercakap tentang pemasaran khusus untuk pengiklanan, kebanyakkan orang mungkin akan berasa takut untuk membelanjakannya.

Mereka takut kempen pemasaran tidak akan berfungsi atau tidak berjaya dan tidak akan menghasilkan jualan.

Persepsi ini adalah salah sama sekali, satu-satunya cara untuk anda mengetahui sama ada kempen pemasaran seperti ini akan berjaya atau tidak adalah dengan try and error. Anda perlu jelas apa kempen objektif anda untuk memastikan anda berpuas hati dengan hasil yang anda peroleh daripada iklan anda. Perbanyakkan eksperimen untuk mengetahui startegi pemasaran yang berkesan untuk anda.

Lebih bagus sekiranya anda 'hire' agency yang berpengalaman dalam industri yang sama seperti anda.

Gunakan Semua Online Platform yang Percuma

Sudahkah anda mencuba semua platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, atau mana-mana platform dalam talian yang terkenal di negara anda? Contohnya di Malaysia, pemilik perniagaan kecil menggunakan Shopee sebagai platform e-dagang mereka. Jika tidak, anda harus mendaftar akaun perniagaan hari ini dan mula menggunakan platform tersebut. Bahagian yang terbaik ialah ia benar-benar percuma!

Dengan menggunakan platform yang disebut produk/perkhidmatan anda akan mudah dicari di mana-mana di seluruh media sosial.

Belajar Daripada Pelanggan Anda

Semasa anda mengembangkan perniagaan anda, maklum balas daripada pelanggan anda yang sudah membeli dan menggunakan produk anda adalah penting.

Merekalah yang akan mempromosikan produk di akaun media sosial mereka. Adalah penting untuk memahami perkara yang pelanggan inginkan daripada produk anda. Kerana mereka hanya membeli jika ia memberi manfaat kepada mereka.

Terus Mulakan!

Anda sudah tahu teori tentang cara memulakan perniagaan, perkara yang patut dan tidak patut anda lakukan sebagai pemilik perniagaan, anda tahu betapa pentingnya persembahan produk yang baik, anda perlu menjaga pengikut anda dan banyak lagi.

Tetapi persoalannya adakah anda sudah mula melakukannya? Jika tidak, anda sepatutnya! Satu-satunya cara untuk mengetahui teori itu betul atau tidak, dan kaedah yang sesuai untuk perniagaan anda, adalah dengan mula mengaplikasikan ilmu yang anda dapat daripada mentor atau ebook atau seminar yang anda hadiri. Sungguh membazir anda menghabiskan ratusan Ringgit tetapi tidak keluar dengan hasilnya.

Jangan terlalu Selesa

Katakan anda sudah mendapat 4-5 angka jualan pertama anda bulan ini. Bagaimana dengan bulan seterusnya? atau tahun seterusnya? Adakah 4-5 angka yang sama? Tanya diri anda, apa yang anda perlu lakukan untuk mengekalkan nombor itu atau meningkatnya, apa yang anda perlu improvisasi untuk meningkatkan jumlah itu.

Strategi kempen pemasaran yang sama mungkin tidak akan berfungsi untuk kali kedua, jadi anda harus keluar dengan strategi baharu dan merancang untuk menyalurkan pangkalan data anda.m

Categories:
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
menu-circle