Facebook Ads: Copywriting

facebook ads copywriting
Kelas Marketing
pada
07/03/2022

Headline

Kenapa 'headline' sangat penting?

'Headline' merupakan ayat pertama pelanggan akan baca. Dalam penulisan copywriting, orang ramai akan teruskan pembacaan disebabkan penulisan ayat headline yang menarik. Jika tajuknya menarik, pelanggan atau prospek akan lebih cenderung untuk membaca ayat copywriting iklan hingga akhir.

Headlines juga bertujuan untuk mencipta awareness dan ditujukan kepada pelanggan yang khusus.

Jika headline anda berjaya menarik perhatian pelanggan, iklan anda lebih berkemungkinan boleh menjana volum hasil jualan yang tinggi.

5 cara penulisan tajuk iklan

  1. Gunakan huruf besar
  2. Ayat yang mudah difahami
  3. Masukkan elemen emosi
  4. Pastikan ia pendek (sehingga 10 patah perkataan)
  5. Tambahkan sedikit ruang daripada pengenalan(introduction)

Jenis ayat Headline Iklan

Self Interest

  • BIAR SAYA BANTU ANDA ......
  • RAHSIA!! .... BERJAYA DIBONGKARKAN!!
  • MASIH HADAPI MASALAH YANG SAMA? ....

New

  • KELUARAN TERBARU!! .....
  • PRE-ORDER DIBUKA .... HANYA 24 JAM SAHAJA

Curiosity

  • MASIH LAGI MENGGUNAKAN ..... ?
  • PERCUMA ..... ESOK SAHAJA
  • WHY ALL THIS TIME WAS A LIE, ...... PRODUCT SOLVE MY PORBLEM

Introduction

  • Testimonial/Feedback
  • Unique Selling Point (USP)
  • Tawaran Yang Menarik
  • Tekankan Pada Masalah Pelanggan
  • Kredibiliti
  • Jalan Cerita
  • Motivasi
  • Emosi

Formula FAB

F - Features, A - Advantage, B - Benefits

Contoh

✅ Jersey High-Grade Polyester Microfiber - sesuai untuk sebarang jenis aktiviti seperti berjoging, berbasikal, mendaki dan banyak lagi, kekal selesa dan bergaya untuk foto Instagram anda!

Tawaran (Offer)

Apa itu tawaran? Tawaran dalam copywriting anda bermaksud bahagian di mana anda membuat tawaran kepada pelanggan yang hanya jika mereka mendapat produk/perkhidmatan sekarang.

Tawaran boleh diberikan dalam bentuk Diskaun, Tawaran Kombo, Kod Kupon, Hadiah Percuma, Pos Percuma, Tunai Semasa Penghantaran(COD) dan banyak lagi.

Untuk menjadikan tawaran anda sesuatu yang pelanggan tidak boleh terlepas, jadikan 'urgency' supaya mereka terus membuat pembayaran pada masa itu juga.

Contoh Tawaran

Harga asal produk ni RM150 tapi hari ni kami nak bagi harga RM100 sahaja. Terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja. Selepas 24 jam dari sekarang, harga akan kembali kepada harga asal secara automatik.

Tawaran - RM 150 diskaun kepada RM 100
Urgency - Terhad kepada 50 pelanggan terawal sahaja
Scarcity - Selepas 24 jam, harga akan kembali kepada harga asal secara automatik

Call To Action (CTA)

Call To Action adalah arahan yang mesti diberikan kepada pelanggan/penonton/pengikut atau sesiapa sahaja yang melihat iklan anda yang ingin mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

Adalah sangat penting untuk mencipta CTA, supaya pelanggan mengetahui arahan dan tindakan yang perlu mereka lakukan.

Cara untuk memastikan CTA anda berkuasa dan berkesan:

  1. Pastikan CTA tidak berserat dan licin.
  2. Jaga jurang antara perenggan, supaya arahan kelihatan dan fokus.
  3. Letakkan satu CTA sahaja, boleh PM, WhatsApp, Comment, Landing Page, Website atau Link.
  4. Jika anda hanya menyiarkan kandungan pada post anda, anda boleh meletakkan lebih daripada satu CTA.

Tips Call To Action

  • WhatsApp us at 012 -345 6789
  • Tekan link dibawah
  • Klik button 'learn more', 'shop now', 'call now', 'sign up now', 'visit website'
  • Physical Store Address
  • Komen 'saya nak promo A'

Selepas mengetahui semua langkah cara menulis copywriting yang lebih baik, terdapat cara alternatif untuk mendapatkan idea untuk menulis iklan yang lebih baik. Pergi ke laman web copy.ai dan daftar secara percuma! Thank me later😉

Categories:
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Your creative side of an ads like images, poster, video, story, carousel and more type of ads creative. It also consist of copywriting to put your ads, Call To Action (CTA) Button, Setup Facebook Pixel, Links, Ads Language and more. Learn how to write copywriting. […]

menu-circle