none

6 Perkara yang perlu anda ketahui sebelum mengupah pereka/pembangun web

6 things before hiring web developer
Kelas Marketing
pada
21/02/2022

2022 adalah tahun yang hebat untuk perniagaan digital. Memandangkan semua orang tukar "gameplay" mereka kepada perniagaan dalam talian atau dikenali sebagai "online", mempunyai web adalah penting untuk menjana jualan. Sesetengah daripada kita mempunyai pengetahuan membina laman web dan mambu mebina website sendiri, tetapi bukan semua orang mampu membina laman web, tambahan pula pemilik bisnes perlu fokus kepada banyak perkara terutama pada jualan produk, inventori stok, pengiklanan dan lain-lain. Mereka pasti akan mencari pereka/pembangun web untuk memudahkan urusan mereka. Sebelum anda 'business owner' mengambil kerja/mengupah pereka web/pembangun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu:

  1. Jenis Laman Web
  2. Kandungan Laman Web
  3. Idea, Ciri dan Fungsi Laman Web yang diperlukan
  4. Maklumat Perniagaan Anda
  5. Syarikat Hos
  6. Ketahui Belanjawan Anda

Jenis Laman Web

Perniagaan anda akan menentukan jenis tapak web anda. Pastikan anda mengetahui jenis tapak web yang ingin anda perlukan untuk diceritakan kepada 'freelancer'/agensi dengan mudah.

Kandungan Laman Web

Selepas membuat keputusan mengenai tapak web anda, adalah penting untuk mempunyai semua kandungan yang diperlukan untuk tapak web tersebut. Sesetengah pereka web mungkin mengenakan bayaran kepada anda untuk menulis kandungan atau mereka grafik yang bersesuaian untuk laman web anda. Berikut ialah senarai yang perlu anda sediakan sebelum menghubungi agensi/pekerja bebas anda.

  • Nama Perniagaan, Nombor Telefon, Email
  • Logo, Gambar Produk, Peneragan Produk

Idea, Ciri dan Fungsi Laman Web yang diperlukan

Senaraikan semua idea yang anda ada untuk perniagaan anda tetapi jangan terlalu banyak, cukup sekadar yang diperlukan dalam 'budget' anda. Beritahu pereka bentuk/pembangun laman web jenis elemen & fungsi yang perlu diwujudkan pada laman web anda. Perubahan semasa pembangunan boleh meningkatkan kos & penghantaran laman web mungkin lewat daripada jangkaan. Adalah lebih baik untuk menerangkan secara terperinci seperti menunjukkan slaid PowerPoint untuk memastikan pereka/pembangun tidak salah komunikasi. Tambahan pula ia adalah situasi 'win-win' untuk kedua-dua pihak

Maklumat Perniagaan

Adalah penting untuk mempunyai maklumat lengkap tentang perniagaan anda. Pereka bentuk/pembangun laman web akan lebih memahami jenis niche perniagaan anda. Beritahu mereka perkara yang anda perlukan di laman web anda dan sebab anda memerlukannya. Maklumat perniagaan seperti:

  • Misi, Visi dan Maklumat Perniagaan
  • Produk/Servis yang disediakan
  • Penerangan terperinci untuk setiap produk/servis
  • Aliran proses perniagaan
  • Malumat perhubungan

Syarikat Hos

Memilih pengehosan adalah penting kerana ia boleh membantu memuatkan laman web dengan lebih pantas, lebih selamat, ketersambungan yang stabil, mencegah penggodam, trafik yang padat (heavy traffic)

Terdapat banyak cara anda boleh memilih syarikat hos laman web anda. Tetapi dalam artikel ini, saya akan memberitahu bagaimana anda akan dicaj oleh syarikat hos yang akan dibilkan setiap bulan/tahunan

  1. Pereka/pembangun laman web akan memilih hos untuk anda dan dicaj pada invois bulanan atau tahunan - pada asasnya, pereka/ pembangun akan menulis sebagai penyelenggaraan atau 'maintenance' laman web dalam invois.
  2. Atau anda boleh pilih & beli pengehosan sendiri dan berikan bukti kelayakan log masuk (login credentials) kepada pereka/pembangun laman web anda.

Ketahui Belanjawan Anda

Selepas melakukan semua langkah di atas, anda boleh menetapkan julat belanjawan anda sendiri untuk tlaman web. Dengan cara ini, pereka/pembangun laman web boleh memberikan sebut harga dengan mudah pada harga terbaik untuk 'website' anda. Jangan harap laman web akan murah seperti yang anda fikirkan. Terdapat banyak lagi elemen yang perlu dipertimbangkan berdasarkan pengalaman pereka/pembangun laman web seperti reka bentuk yang bersih, responsif, mesra SEO, skor SEO yang baik, laman web muat cepat (fast loading), keselamatan laman web & banyak lagi.

Konklusinya, laman web yang hebat tidak akan mampu dibina dalam masa sehari begitulah juga harganya, semakin lama masa yang diperlukan untuk membina laman web yang kompleks, semakin mahal harganya
0
What do you think? Are you agree with me?x
Categories: , ,
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
menu-circle