Tahun 2020 telah menunjukkan bahawa banyak perniagaan sedang bergelut untuk berkembang maju bagi menarik seramai mungkin pelanggan. Sebahagian daripada mereka melakukan pemasaran percuma dan ada juga melakukan iklan berbayar. Walau apa pun cara yang dipilih, perkara yang paling penting, apa sahaja cara yang digunakan mesti menghasilkan keuntungan daripadanya.
Pemasaran Percuma
- Media Sosial - Ajak pelanggan anda untuk terlibat dengan 'post' yang anda siarkan di mana-mana platform media sosial & minta mereka berikan ulasan yang baik tentang produk/servis anda di ruangan komen/story.
- Google My Business - Anda boleh senaraikan perniagaan anda ke bahagian atas dalam peta google & carian google. Ulasan daripada pelanggan & maklumat tentang perniagaan anda boleh membantu bakal pelanggan lain untuk menghubungi anda.
- Maklum Balas/Testimonial - Dapatkan maklum balas 'original' untuk pelanggan anda dengan menyediakan pautan ke halaman Facebook anda atau profil Google My Business. Jangan ambil tangkapan(screenshot) skrin maklum balas(feedback), sebaliknya biarkan mereka tinggalkan ulasan(review) pada profil perniagaan anda.
- Pengoptimuman Enjin Carian(SEO) - membina 'brand' dalam talian(online) melalui SEO mengambil masa, tetapi untuk perniagaan jangka panjang, ia akan kembalikan pelaburan yang besar dan trafik langsung(direct traffic) melalui laman web. Pada tahap ini anda tidak perlu risau tentang pemasaran/pengiklanan kerana anda sudah mempuyai maklumat pelanggan(database) yang banyak.
Pemasaran Berbayar
- Iklan Media Sosial - Dengan kehebatan pemasaran dalam talian dan iklan berbayar di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan banyak lagi, menyasarkan iklan ke prospek yang betul akan membantu perniagaan anda untuk mencapai pelanggan yang berminat dengan produk/servis yang anda sediakan.
- Google Ads - Sasarkan kepada kyalayak iaitu 'audience' apabila mereka mencari produk/perkhidmatan anda. Google Ads boleh melonjakkan perniagaan anda, secara purata, perniagaan memperoleh RM8 pada setiap RM4 yang dibelanjakan untuk Google Ads
- Pengoptimuman Enjin Carian(SEO) - Mencari kata kunci yang tepat untuk menang dalam permainan SEO bukanlah mudah dan mengupah firma pemasaran akan memberi kelebihan kepada syarikat anda untuk menambah baik kekuatan laman web anda.
Mana satu yang harus saya fokuskan?
Bergantung pada perniagaan yang anda ceburi, saya akan mengatakan bahawa kebanyakan perniagaan memerlukan kedua-duanya untuk berkembang maju. Terdapat masa tertentu apabila anda bersedia untuk meningkatkan perniagaan anda dengan pengiklanan berbayar dan ada juga masa yang anda perlu tumpukan pada pemasaran percuma. Yelah, bisnes nak kurangkan kos kan? Hal ini untuk pastikan bisnes anda memperoleh keuntungan yang optimum.
Adalah penting untuk mengemas kini media sosial anda supaya pengguna/pelanggan tahu bahawa perniagaan anda masih wujud, anda boleh melihat analisis minat khalayak(audience) anda semasa mereka berinteraksi dengan profil perniagaan anda. Daripada ini, pangkalan data(database) yang anda terima boleh dieksport untuk membuat pengiklanan kos rendah dan masih membuahkan hasil berimpak tinggi.
Kedua-dua kaedah boleh membantu anda mencapai objektif bisnes, tetapi anda perlu bersiap sedia apabila melakukan pemasaran/pengiklanan. Pastikan laman web anda, bersama-sama dengan media sosial anda, dikemas kini. Memandangkan pemasaran adalah teras perniagaan, anda juga akan mendapat pelanggan yang komited untuk membeli produk/servis yang disediakan dan membantu mengembangkan perniagaan anda, hargai setiap pelanggan anda kerana tanpa mereka, pasti perniagaan anda tidak dapat berkembang maju.