Yups anda mendengarnya dengan tepat! diskaun yang terlalu kerap diberikan kepada pelanggan boleh membunuh perniagaan anda.
Atas sebab tertentu diskaun boleh membantu perniagaan anda untuk menjana jualan lebih banyak daripada sebelumnya tetapi anda akan mendapat kesan sampingan dengan melakukan itu jika…
Kesan pemberian diskaun terlalu kerap
Pelanggan akan menunggu diskaun sebelum mereka membeli
Mungkin idea yang baik untuk mempunyai senarai 'waiting list' prospek atau pelanggan untuk membeli produk pada satu masa. Tetapi apa yang berlaku jika semua pelanggan anda hanya membeli produk anda apabila hanya diskaun muncul? Sangat menyakitkan apabila anda mendapat untung kurang daripada harga biasa yang anda patut jual walaupun anda mempunyai lebih ramai pelanggan.
Untuk bermain dengan diskaun, adalah disarankan untuk menawarkan produk tambahan yang berkaitan dengan produk yang dipromosikan supaya pelanggan tidak membeli hanya satu item, mereka mungkin akan membeli 2 atau lebih produk dalam satu pembelian.
Mempengaruhi Harga Pasaran Produk/Perkhidmatan
Bayangkan, jika saya memberi anda satu analogi bahawa jika harga biasa produk ialah RM 129 tetapi anda menjual RM 99 hanya untuk memenangi pelanggan kerana harganya lebih murah. Anda fikir anda menang ke atas pesaing anda tetapi sebenarnya, anda kalah dari segi keuntungan. Apakah yang berlaku jika pesaing anda berjaya menjual jumlah produk yang sama seperti anda? Pasti pesaing anda mempunyai keuntungan yang lebih banyak.
Sesetengah pelanggan mungkin menganggap anda lebih murah kerana kualiti produk anda kurang bagus berbanding pesaing anda walaupun produk itu sebenarnya sama. Pemilik perniagaan harus belajar cara yang efektif untuk memasarkan produk dalam talian(online) daripada bermain dengan harga yang boleh membunuh perniagaan.
Pelanggan Akan Memanfaatkan
Kerana pelanggan sudah tahu bahawa anda akan sentiasa memberikan diskaun, mereka hanya perlu menunggu hari lain untuk promosi. Jika bulan tertentu perniagaan anda tidak mempunyai apa-apa promosi, ini mungkin menjejaskan kadar jualan anda untuk bulan tersebut. Oleh itu, anda bukan sahaja kehilangan pelanggan malah penurunan jumlah 'sales' bulanan.